Melahirkan insan yang berjiwa murni, berakhlak mulia, berdisiplin serta melahirkan seorang pemimpin yang akan datang selaras ajaran Al-Quran dan As-Sunnah.
Melahirkan murid yang mahir dalam bidang Al-Quran dan Akademik serta menguasai kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul).
Memberikan pendidikan yang seiring dalam ilmu agama dan akademik serta menjadi sebuah pusat pendidikan yang terbaik.
Sekolah Akademi Al Khalidy telah ditubuhkan pada Januari 2017 atas inisiatif Pengerusi Sekolah, Dr. Khalid bin Isa. Penubuhan sekolah ini adalah hasil daripada permintaan penduduk setempat yang menginginkan sebuah institusi pendidikan agama Islam yang berkualiti.
Pada tahun 2025, kami melebarkan sayap dengan pembukaan cawangan baharu di Taman Desa bagi menampung bilangan murid yang semakin bertambah serta komuniti yang memerlukan.
Sepanjang tempoh persekolahan, pihak sekolah telah mencatatkan pelbagai pencapaian yang membanggakan dalam aspek akademik dan sahsiah murid.
Pendidikan Awal Kanak-kanak (Tadika): Murid-murid telah berjaya menguasai kemahiran asas 4M dengan baik, iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Penguasaan ini membuktikan keberkesanan pendekatan pembelajaran yang sistematik dan bersesuaian dengan tahap perkembangan murid.
Selain itu, murid juga dapat mengetahui serta mempraktikkan cara solat yang betul, selari dengan tuntutan pendidikan Islam yang menyeluruh.
Peringkat KAFA: Murid-murid telah menguasai bidang pengajian agama dengan baik, merangkumi aspek akidah, ibadah, akhlak dan Al-Quran. Hasil bimbingan berterusan daripada para pendidik, ramai murid berjaya memperoleh pencapaian cemerlang dalam peperiksaan UPKK dan UPSRA, sekali gus mencerminkan kualiti pengajaran serta komitmen pihak sekolah dalam melahirkan murid yang berilmu dan berakhlak mulia.